LAST UPDATED: 2022
I. DASAR PRIVASI
II. DASAR KUKI
I. DASAR PRIVASI
Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap New Balance. Kami memberikan komitmen sepenuhnya untuk melindungi privasi anda dan mengambil tanggungjawab mengenai keselamatan dan sekuriti maklumat peribadi pelanggan-pelanggan dengan serius
Dasar Privasi ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang dikumpul, cara dan tujuan ia dikumpul dan digunakan, pihak-pihak yang diberi akses kepadanya dan hak anda terhadap data privasi tersebut. Sila baca dan memahami kandungan ini dengan teliti.
Dasar Privasi ini disediakan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang konflik, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Dasar Privasi ini disediakan dalam format berlapis seperti di bawah supaya anda boleh pilih untuk diarahkan kepada bahagian-bahagian tertentu:
1. BILAKAH DASAR PRIVASI INI TERPAKAI TERHADAP SAYA?
2. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
4. APAKAH TUJUAN NEW BALANCE MENGGUNAKKAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
5. APAKAH ASAS UNDANG-UNDANG BAGI NEW BALANCE UNTUK MENGGUNAKKAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
6. NEW BALANCE AKAN BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI SAYA DENGAN PIHAK MANA?
7. BAGAIMANAKAH MAKLUMAT PERIBADI SAYA AKAN DILINDUNGI?
8. PEMINDAHAN ANTARABANGSA MAKLUMAT PERIBADI
9. APAKAH DASAR PRIVASI NEW BALANCE TERHADAP KANAK-KANAK?
11. TEMPOH NEW BALANCE MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
12. BAGAIMANA SAYA BOLEH TARIK DIRI ATAU MEMILIH UNTUK TIDAK MELANGGANI EMEL PEMASARAN NEW BALANCE?
13. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENDAPATKAN AKSES, KEMAS KINI ATAU PADAM MAKLUMAT SAYA DI "MY ACCOUNT"?
15. PINDAAN KEPADA DASAR PRIVASI INI DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERITAHUAN TENTANG SEBARANG PINDAAN
1. BILAKAH DASAR PRIVASI INI TERPAKAI TERHADAP SAYA?
Dasar Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang dikumpul oleh New Balance Athletic Shoes Sdn. Bhd., syarikat pemegangannya, subsidiarinya dan mana-mana syarikat gabungannya, sama ada di kedai-kedai New Balance atau melalui operasi perkhidmatan seperti berikut:
- www.newbalance.com.my , dan laman web lain yang dikendali oleh atau bagi pihak New Balance Athletic Shoes Sdn. Bhd., syarikat pemegangannya, subsidiarinya dan mana-mana syarikat gabungannya ("Laman Web"); dan
- semua perkhidmatan yang tersedia di Laman Web;
Bagi tujuan Dasar Privasi ini, perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan seperti di atas (termasuk operasi kedai-kedai New Balance) akan dirujuk secara kolektif sebagai, "Perkhidmatan"
Dasar Privasi ini terpakai sama ada anda adalah seorang "Pelawat" (bermaksud anda hanya melayari bagi Perkhidmatan) atau anda adalah seorang "Ahli" (bermaksud anda telah mendaftarkan diri bagi "My Account" dengan New Balance, pernah membuat pembelian sebarang produk daripada laman Web kami atau menggunakan mana-mana komponen Perkhidmatan.
Penggunaan Laman Web ini oleh anda menandakan pengakuan, pemahaman dan penerimaan anda terhadap Dasar Privasi ini. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU UNTUK TERIKAT KEPADA DASAR PRIVASI INI, JANGAN AKSES ATAU GUNA MANA-MANA BAHAGIAN LAMAN WEB INI.
2. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
New Balance Athletic Shoes Sdn. Bhd. (sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dengan nombor syarikat 198501014523 (146878-M) yang mempunyai alamat berdaftar di Suite 25.01, Level 25, Centrepoint South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia adalah "pengguna data" bagi maklumat peribadi anda yang dikumpul semasa anda menggunakan Perkhidmatan (dirujuk dalam Dasar Privasi ini sebagai "New Balance" atau "kami"). Ini bermakna kami mengawal cara pengumpulan maklumat peribadi anda berkaitan dengan Perkhidmatan dan menentukan cara dan sebab maklumat peribadi tersebut digunakan bagi tujuan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
3. APAKAH MAKLUMAT PERIBADI SAYA YANG AKAN DIKUMPUL OLEH NEW BALANCE DAN BAGAIMANAKAH PROSES PENGUMPULAN TERSEBUT?
Maklumat peribadi (atau data peribadi) adalah apa-apa maklumat yang berhubungan dengan anda yang boleh mengenal pasti anda daripada maklumat tersebut sama ada secara langsung (contohnya, nama anda) atau tidak langsung (contohnya, maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan oleh anda).
Maklumat yang anda berikan kepada kami
Kami mengumpulkan maklumat peribadi berikut daripada anda:
- Identiti asas dan maklumat perhubungan: Kami mengumpul nama anda, gelaran, alamat pos/penghantaran, alamat emel dan nombor telefon jika anda membeli sebarang produk daripada Laman Web kami. Kami juga akan mengumpul semua atau sebahagian maklumat berikut jika anda:
- mendaftar bagi "My Account" di Laman Web kami;
- lengkapkan soal selidik "About Me" untuk memberitahu kami tentang pilihan membeli-belah anda, di mana kami berhak untuk mengumpul data-data anda seperti jantina, saiz kasut, lebar kasut, saiz pakaian, hobi, minat anda dari segi beli-belah, maklumat tentang senaman mingguan anda dan sama ada anda mempunyai anak dan jantina anak-anak anda;
- mendaftar untuk menerima komunikasi pemasaran kami;
- sertai mana-mana pertandingan, peraduan, promosi, tinjauan atau soal selidik kami, di mana kami berhak untuk mengumpul data mengenai pemegang(pemegang) media sosial anda;
- hubungi atau menulis kepada kami tentang Perkhidmatan (atau mana-mana komponennya); dan/atau
- menyertai kelab larian New Balance.
- Maklumat pembayaran: Jika anda membeli sebarang produk-produk di Laman Web kami, kami akan mengumpul butir-butir kad pembayaran dan alamat pengebilan anda. Kami tidak akan menyimpan butir-butir kad pembayaran anda bagi tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi pesanan anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah mendaftar bagi "My Account", anda boleh memilih untuk menyimpan butir-butir kad pembayaran anda dalam akaun anda supaya anda tidak perlu memasukkan semula butir-butir kad pembayaran penuh anda apabila anda membuat pembelian pada masa hadapan. Sila rujuk kepada bahagian 7. BAGAIMANAKAH MAKLUMAT PERIBADI SAYA AKAN DILINDUNGI? untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaima kami akan melindungi maklumat kad pembayaran anda.
- Maklumat transaksi: Kami menyimpan rekod sejarah pesanan anda, termasuk produk-produk yang dibeli dan tarikh, masa dan nilai setiap transaksi, serta alamat pengebilan dan penghantaran.
- Log masuk akaun: Jika anda mendaftar bagi "My Account", kami menyimpan rekod nama pengguna log masuk akaun anda dan alamat e-mel sekiranya anda perlu diperingatkan tentang maklumat ini pada masa hadapan;
- Surat-menyurat dan maklum balas: Kami mengumpul sebarang maklumat peribadi tambahan yang mungkin diberikan kepada kami dari semasa ke semasa apabila anda melawat kedai-kedai New Balance, jika anda melengkapkan tinjauan atau soal selidik atau menghubungi kami melalui e-mel, surat, telefon atau Laman Web kami. Jika anda menghubungi kami melalui telefon, kami berhak untuk merakam panggilan untuk tujuan latihan dan peningkatan perkhidmatan, dan membuat nota-nota berhubung dengan panggilan anda; dan
- Pilihan komunikasi pemasaran: Kami mengumpul maklumat mengenai keutamaan anda terhadap menerima pemasaran daripada kami dan pilihan anda bagi jenis komunikasi.
Maklumat yang kami kumpul daripada sumber lain
Kami juga berhak mendapatkan maklumat tentang anda daripada sumber lain seperti:
- CCTV: Jika anda mengunjungi kedai-kedai New Balance, imej anda mungkin akan diambil dan dikumpul disebabkan oleh penggunaan CCTV di kedai-kedai kami.
- Kuki dan teknologi yang serupa: Apabila anda melawati Laman Web kami, kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa, seperti penanda web dan tag piksel, supaya maklumat seperti berikut dapat dikumpul secara automatik:
- aktiviti melayari dan penggunaan Perkhidmatan anda; dan
- peranti yang anda guna untuk mendapatkan akses Laman Web kami (termasuk buatan, jenis model dan sistem pengendalian, alamat protokol Internet (IP) (di mana lokasi geografi anda mungkin akan diperolehi), jenis pelayar dan pengecam peranti mudah alih).
Kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang meletakkan kuki di Laman Web kami untuk mengumpul maklumat yang sama atau serupa dan berkongsi maklumat tersebut dengan New Balance. Sila rujuk kepada Dasar Kuki kami untuk maklumat lanjut.
- Media Sosial: Apabila anda menyebut nama New Balance atau maklumat berkaitan dengan New Balance dalam siaran pada mana-mana rangkaian media sosial, seperti Facebook, Instagram atau YouTube atau mana-mana rangkaian lain yang serupa, kami berhak untuk mengumpul maklumat yang tersedia secara umum tentang siaran anda, termasuk nama anda, pemegang media sosial, lokasi anda, tarikh dan masa siaran anda, kandungan siaran anda dan sebarang imej dan/atau video yang disertakan besama siaran anda. Kami hanya akan mengumpul data yang telah dibenarkan secara nyata oleh pembekal media sosial untuk diterima oleh pihak kami mengikuti tetapan privasi anda pada rangkaian media sosial tersebut. Kami tidak mempunyai sebarang kawalan atas amalan privasi rangkaian media sosial; sila rujuk kepada dasar privasinya untuk mendapatkan maklumat tentang cara mereka menggunakan maklumat peribadi anda, pihak mana yang berkongsi maklumat tersebut dengannya dan cara pengurusan tetapan privasi anda pada platform tersebut.
Selain daipada maklumat yang dikumpul oleh kami melalui operasi CCTV di kedai-kedai New Balance yang disimpan secara berasingan, kami berhak untuk menggabungkan maklumat peribadi yang dikumpul daripada anda dan maklumat daripada sumber-sumber lain seperti dinyatakan seperti di atas. Ini adalah untuk membantu kami bagi memastikan bahawa maklumat anda yang dimiliki oleh kami adalah sentiasa dikemas kini dan memberikan data-data tentang pelanggan-pelanggan kami supaya kami dapat memahami jenis tawaran yang mungkin diminat oleh anda bagi meningkatkan mutu Perkhidmatan pada masa hadapan.
4. APAKAH TUJUAN NEW BALANCE MENGGUNAKKAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
Kami menggunakan maklumat peribadi yang anda bagi kepada kami atau maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Perkhidmatan anda bagi tujuan-tujuan seperti berikut:
Untuk memproses pesanan dan pemulangan anda
Kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk memproses sebarang pesanan dan pemulangan anda yang dibuat mengikuti Terma dan Syarat kami. Aktiviti ini termasuk menghubungi anda bagi tujuan pengesahan selepas anda berjaya membuat pesanan, pengurusan bayaran, yuran dan caj serta mengumpul dan mendapatkan semula sebarang wang yang terhutang kepada kami. Kami perlu memproses identiti dan maklumat perhubungan anda, maklumat pembayaran dan maklumat transaksi.
Untuk mendaftarkan anda bagi, dan mengurus, "My Acccount"
Jika anda ingin mencipta akaun baru menggunakan perkhidmatan "My Acccount", kami perlu memproses identiti dan maklumat perhubungan anda. Anda juga akan diminta untuk memberikan butiran log masuk akaun. Setelah akaun anda telah dicipta, anda akan dikenal pasti oleh maklumat ini sebagai pelanggan baru atau pelanggan kembali dan anda akan dapat menguruskan akaun anda bagi masa hadapan. Ini akan termasuk aktiviti seperti menyimpan rekod butiran log masuk akaun anda (nama pengguna dan alamat e-mel anda) sekiranya anda perlu diperingatkan perkara ini pada masa hadapan.
Untuk memberikan perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Web kami
Kami perlu memproses maklumat peribadi anda demi menyediakan perkhidmatan tertentu melalui Laman Web kami. Contohnya, New Balance menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan anda perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Web kami bagi tujuan-tujuan berikut:
- Ciri "Find a Store": kami dapat membantu anda mencari kedai-kedai New Balance yang terdekat selepas anda memasukkan poskod atau bandar anda;
- Inventori: Kami menggunakan maklumat lokasi anda untuk memberikan cadangan kedai-kedai yang berdekatan yang mempunyai inventori produk yang tersedia;
- "Help" atau "Live Chat": wakil perkhidmatan pelanggan New Balance boleh berkomunikasi dengan anda pada waktu sebenar untuk membantu anda dengan sebarang pertanyaan semasa anda melayari Laman Web;
- Penyerahan Cadangan: apabila anda ingin menyerahkan ciptaan atau cadangan untuk dipertimbangkan oleh New Balance, kami akan meminta anda untuk mengisi borang yang memberikan butiran anda seperti nama, nama syarikat, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel supaya anda dapat dihubungi jika kami memerlukan sebarang maklumat lanjut tentang penyerahan anda;
- Permohonan Jawatan Kerja: Jika anda memohon jawatan kerja melalui Laman Web kami, anda akan diarahkan ke laman web pihak ketiga, iaitu tapak penyedia kami, Workday dan diminta untuk memberikan alamat emel anda untuk mencipta akaun Workday; dan/atau;
- Surat Berita: Jika anda melanggani surat berita kami, kami akan mengumpul alamat e-mel anda supaya surat berita dapat dihantar kepada anda.
Untuk menguruskan hubungan anda dengan kami
Kami menggunakan identiti dan maklumat perhubungan anda untuk menguruskan hubungan kami berkaitan dengan Perkhidmatan, termasuk pemberitahuan tentang perubahan kepada terma-terma di atas mana-mana kontrak antara kami atau sebarang maklumat berkaitan (seperti perubahan pada Dasar Privasi ini).
Untuk memastikan kedai-kedai New Balance selamat
Jika diperlukan, CCTV akan dioperasi di kedai-kedai kami untuk memantau dan menjaga keselamatan pelawat-pelawat dan kakitangan. Papan tanda yang menonjol akan tersedia di kawasan-kawasan operasi CCTV. Imej anda mungkin diambil jika anda mengunjungi mana-mana satu kedai kami. Sebarang rakaman CCTV akan dipadam secara automatik selepas tiga bulan kecuali ia diperlukan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang dalam keadaan tertentu di mana penyimpanan rakaman itu akan dikendalikan menurut undang-undang dan peraturan Malaysia atau bagi tujuan pencegahan dan pengesanan jenayah atau untuk tindakan mahkamah.
Sila ambil perhatian bahawa akses kepada rakaman CCTV adalah terhad kepada kakitangan New Balance yang diberi kuasa sahaja. Ia tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga, kecuali agensi penguatkuasaan undang-undang dalam keadaan tertentu di mana kami dikehendaki membuat perkongsian sedemikian seperti tertakluk kepada undang-undang dan/atau untuk pencegahan dan pengesanan jenayah.
Untuk menghantar bahan-bahan pemasaran yang berkaitan kepada anda (yang melibatkan proses pembuatan keputusan dan pemprofilan secara automatik untuk memperibadikan dan meningkatkan pengalaman pelanggan anda)
Komunikasi pemasaran kami
Jika anda telah memberikan persetujuan anda untuk menerima komunikasi pemasaran kami, kami akan menggunakan identiti anda, maklumat perhubungan dan pilihan anda untuk menerima komunikasi pemasaran secara e-emel berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, termasuk surat berita kami dan butiran tawaran istimewa dan promosi mengikut minat anda.
Anda boleh berhenti melanggan atau menarik diri daripada komunikasi pemasaran kami pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian 12. BAGAIMANA SAYA BOLEH TARIK DIRI ATAU MEMILIH UNTUK TIDAK MELANGGANI EMEL PEMASARAN NEW BALANCE?
Penggunaan kami dalam proses membuat keputusan dan pemprofilan secara automatik
Kami ingin memastikan bahawa komunikasi pemasaran yang kami hantar kepada anda adalah mengikut minat anda. Oleh itu, kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa (jika anda telah memberi persetujuan terhadapnya) untuk menjejak dan menganalisis penggunaan Laman Web kami, perkhidmatan yang tersedia melaluinya dan interaksi anda dengan sebarang komunikasi pemasaran yang kami hantar kepada anda demi membantu kami membina profil mengikut minat anda. Sebagai contoh, kami mengumpul maklumat aktiviti semasa anda melayari Laman Web kami, termasuk halaman web atau produk yang telah anda lihat atau masukkan ke dalam bakul beli-belah anda, untuk membantu kami memahami minat anda.
Oleh itu, jika anda telah bersetuju untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami, anda berkemungkinan menerima mesej, tawaran istimewa dan promosi yang anda minat dan disesuaikan mengikut keutamaan anda, berdasarkan aktiviti anda sebelum ini. Ini Kami tidak akan membolehkan kami supaya tidak menghantar komunikasi pemasaran yang sama kepada semua pelanggan kami, justeru itu,anda berkemungkinan tidak ditawarkan promosi yang sama seperti pelanggan lain.
Di samping itu, kami juga akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang keutamaan anda demi memaparkan kandungan dan tawaran di Laman Web kami dan tapak web dan aplikasi lain mengikut minat anda. Ini termasuk menyampaikan pengiklanan yang disasarkan di Laman Web kami atau tapak web dan aplikasi lain yang anda akses, atau mengehadkan bilangan kali anda melihat iklan tertentu.
Sila rujuk kepada DASAR KUKI kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang penggunaan kuki kami dan cara anda boleh mengurus pilihan kuki anda.
Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan automatik yang telah dibuat oleh teknologi kami berkaitan dengan anda atau anda tidak berpuas hati atas penggunaan pemprofilan bagi tujuan penghantaran komunikasi pemasaran yang disesuaikan mengikut minat anda dan menyampaikan pengiklanan yang disasarkan, sila memaklumkan kami (sila lihat bahagian 14. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI? ). Kami tidak akan dapat menghantar komunikasi pemasaran yang disesuaikan mengikut minat anda dan memberikan tawaran mengikut minat anda jika anda tarik balik persetujuan terhadap penggunaan pemprofilan.
Sila ambil perhatian bahawa asas undang-undang bagi menyesuaikan komunikasi pemasaran kami mengikut keutamaan anda adalah demi kepentingan sah kami untuk berbuat demikian, selepas mengambil kira sama ada kepentingan dan hak asasi serta kebebasan anda ditindih oleh jenis pemprosesan ini. Sila lihat bahagian 5. APAKAH ASAS UNDANG-UNDANG BAGI NEW BALANCE UNTUK MENGGUNAKKAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA? untuk maklumat lanjut tentang kepentingan sah kami.
Untuk berkomunikasi dengan anda di media sosial
Jika anda menyebut nama New Balance atau maklumat berkaitan dengan New Balance dalam sesuatu siaran media sosial, kami berhak untuk menggunakkan maklumat yang tersedia secara umum untuk berkomunikasi dengan anda mengenai siaran tersebut. Kami juga mungkin akan mengagregatkan data dengan data daripada siaran media sosial lain mengenai New Balance (yang tidak dapat dikenal pasti oleh anda) supaya kami dapat memahami dan mengurus kempen pemasaran dan membina kehadiran media sosial New Balance dengan lebih berkesan.
Untuk menjalankan pertandingan atau peraduan
Jika anda memilih untuk menyertai pertandingan, peraduan atau tinjauan yang dianjurkan oleh kami, termasuk y pertandingan, peraduan atau tinjauan yang dijalankan di tapak pihak ketiga, kami berhak menggunakan identiti dan maklumat perhubungan anda dan sebarang maklumat peribadi lain yang anda berikan pada masa penyertaan untuk membolehkan kami bagi menguruskan pertandingan atau peraduan (sepertiyang berkenaan).
Untuk mentadbir dan melindungi perniagaan dan Laman Web kami
Kami memproses maklumat peribadi anda semasa mentadbir perniagaan dan Laman Web kami, termasuk penyelesaian masalah sambungan internet, analisis data, ujian, penyelenggaraan sistem, sokongan, pelaporan dan pengehosan data.
Untuk menggunakan analisis data untuk meningkatkan mutu pemasaran Laman Web kami dan perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Web kami
Kami bergantung kepada penggunaan maklumat peribadi untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan pelanggan kami dalam kumpulan dan individu. Ini dilakukan dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa untuk mendapat dan menganalisis penggunaan Laman Web kami oleh anda, perkhidmatan yang tersedia melaluinya dan interaksi anda dengan sebarang komunikasi pemasaran yang kami hantar kepada anda. Kami juga berhak mengagregatkan maklumat ini tanpa nama berdasarkan maklumat pelanggan lain bagi tujuan analisis.
Ini membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda sebagai pelanggan kerana maklumat yang kami kumpulkan membantu kami untuk menambah baik:
- Laman Web kami dan pengunaan sistem pengendalian teknologi maklumat (termasuk dari segi keselamatan);
- pemilihan produk kami dan perkhidmatan yang tersedia melalui Laman Web kami; dan
- keberkesanan komunikasi pemasaran kami.
Sila rujuk kepada DASAR KUKI kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang penggunaan kuki kami dan cara anda boleh mengurus pilihan kuki anda.
Untuk memberikan dan menambah baik perkhidmatan Penjagaan Pelanggan
Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk dapat memberikan dan menambah baik perkhidmatan Penjagaan Pelanggan kami. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat peribadi tentang anda yang dimiliki oleh kami untuk membantu kami bagi menangani sebarang pertanyaan atau aduan yang diterima, atau menangani sebarang pertikaian yang mungkin timbul semasa kami memberikan Perkhidmatan kepada anda.
Untuk menjalankan penyelidikan pasaran
Anda mungkin akan dijemput bagi penglibatan dalam penyelidikan pasaran, seperti tinjauan pelanggan atau soal selidik. Jika anda menerima jemputan kami, kami akan menggunakan maklum balas anda untuk meningkatkan Perkhidmatan. Jika kami diberitahu bahawa anda enggan dihubungi tentang penyelidikan pasaran, atau anda enggan menerima jemputan kami, kami akan menghormati pilihan ini dan ia tidak akan menjejaskan hak anda untuk mendapatkan akses dan menggunakan Perkhidmatan.
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami dan untuk mengesan, mencegah dan menyiasat pelanggaran undang-undang sama ada pelanggaran sebenar atau yang disyaki atau penyalahgunaan Perkhidmatan kami
Dalam keadaan tertentu, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda setakat yang diperlukan untuk membolehkan kami mematuhi kewajipan undang-undang kami, yang merangkumi kewajipan kami untuk mengesan, mencegah dan menyiasat penipuan atau untuk memudahkan pelaksanaan hak pengguna anda. Selain itu, kami berhak menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengesan, mencegah dan menyiasat sebarang pelanggaran undang-undang sama ada pelanggran sebenar atau yang disyaki atau penyalahgunaan Perkhidmatan kami.
5. APAKAH ASAS UNDANG-UNDANG BAGI NEW BALANCE UNTUK MENGGUNAKKAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
Undang-undang perlindungan data hanya memberikan kuasa kepada kami untuk memproses maklumat peribadi anda jika terdapat asas undang-undang yang membolehkan kami berbuat demikian. Ini telah dinyatakan dalam undang-undang perlindungan data dan kami bergantung pada beberapa asas undang-undang yang berbeza untuk menjalankan pemprosesan seperti berikut:
Persetujuan
Dalam keadaan tertentu, kami memproses maklumat peribadi anda selepas mendapat persetujuan anda untuk berbuat demikian bagi tujuan:
- menghantar komunikasi pemasaran kepada anda; dan
- menjalankan penyelidikan pasaran.
Keperluan untuk melaksanakan kontrak antara kami
Kami perlu proses maklumat identiti dan maklumat perhubungan anda, maklumat pembayaran, maklumat transaksi dan butiran log masuk akaun bagi tujuan pelaksanaan kontrak tertentu antara kami. Ini termasuk, sebagai contoh, terma dan syarat yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web kami dan perkhidmatan yang tersedia melaluinya, penjualan produk kami dan pengendalian pertandingan dan peraduan kami. Khususnya, kami bergantung pada asas undang-undang ini untuk memproses pesanan, pemulangan dan pembayaran anda, mendaftarkan anda untuk "My Account", mengurus akaun anda dan hubungan anda dengan kami, menjalankan pertandingan dan peraduan serta menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan Penjagaan Pelanggan.
Keperluan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami
Dalam keadaan tertentu, kami hanya menggunakan maklumat peribadi anda setakat yang diperlukan untuk membolehkan kami mematuhi kewajipan undang-undang kami, yang merangkumi kewajipan kami untuk mengesan, mencegah dan menyiasat penipuan atau untuk memudahkan pelaksanaan hak pengguna anda.
Keperluan bagi tujuan kepentingan sah kita
Kadangkala kami perlu mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda menurut Dasar Privasi ini bagi tujuan kepentingan sah kami sebagai sebuah perniagaan, iaitu untuk:
- memberikan produk dan perkhidmatan yang berguna dan berfaedah kepada pelanggan kami sebaik mungkin, termasuk memperibadikan hubungan kami dengan pelanggan dan memberitahu pelanggan tentang tawaran yang berkemungkinan menarik minat mereka;
- membangun dan menambah baik Laman Web kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan;
- melindungi keselamatan dan keberkesanan operasi Perkhidmatan;
- memahami pangkalan pelanggan kami secara lebih dalam melalui penglibatan diri dengan pelanggan dan menjalankan penyelidikan tentang, dan analisis, cara pelanggan menggunakan setiap perkhidmatan kami dan interaksi dengan kami supaya kami boleh menambah baik perkhidmatan tersebut dari segi pemilihan produk, aktiviti pemasaran dan kaedah komunikasi kami (semua yang dinyatakan seperti di atas juga boleh memberi manfaat kepada anda);
- memberi latihan kepada kakitangan kami supaya demi menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik kepada pelanggan kami;
- memastikan keberkesanan pengurusan operasi dan pentadbiran dalaman perniagaan kami, termasuk penyimpanan rekod kami, Laman web dikemas kini, pengkelan dokumen, keselamatan IT, pematuhan panduan kawal selia dan pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang; dan
- menyediakan persekitaran yang lebih selamat, lebih selamat untuk pelawat dan kakitangan di kedai-kedai New Balance, dan untuk melindungi harta benda kami.
Sila hubungi kami jika anda ingin maklumat lanjut mengenai ujian pengimbangan yang telah dijalankan oleh kami (lihat bahagian 14. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI? ).
6. NEW BALANCE AKAN BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI SAYA DENGAN PIHAK MANA?
Bagi tujuan seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami berhak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga berikut:
- Syarikat-syarikat gabungan New Balance: Ibu pejabat perniagaan kami terletak di Amerika Syarikat dan kami beroperasi pada skala global. Demi menyediakan perkhidmatan kepada anda, syarikat-syarikat gabungan kami dan kedai-kedai yang mengambil bahagian mungkin perlu mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda. Syarikat-syarikat gabungan kami hanya akan menggunakan maklumat anda bagi tujuan asalnya masa ia dikumpulkan menurut Dasar Privasi ini. Adalah dimaklumkan bahawa beberapa syarikat-syarikat gabungan kami terletak di luar Malaysia.
- Pembekal perkhidmatan pihak ketiga: Bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan kami, kami mungkin perlu membekalkan maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami yang akan menggunakan maklumat tersebut untuk membantu New Balance atas arahan kami bagi operasi perniagaan dan bertindak sebagai "pemproses data" bagi pihak kami menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Adalah dimaklumkan bahawa beberapa pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami terletak di luar Malaysia.
- Contohnya, pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami membantu kami dengan pemprosesan kad kredit, penghantaran, pengurusan data, pengedaran e-mel, analisis maklumat, pengurusan promosi dan perkhidmatan lain yang berkaitan bagi pihak New Balance. Kami membekalkan maklumat peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pilihan kami seperti yang diperlukan bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan mereka dan kami bekerjasama dengan mereka bagi memastikan maklumat peribadi anda dilindungi.
- Pihak ketiga menyediakan pengesyoran produk yang disasarkan dan komunikasi lain: Kami menggunakan syarikat pihak ketiga untuk membantu menyampaikan pengesyoran produk yang disasarkan dan komunikasi lain. Demi membolehkan syarikat-syarikat ini memberikan anda cadangan yang disasarkan dan komunikasi lain, kami mungkin memberikan syarikat-syarikat ini maklumat peribadi tertentu tentang anda, seperti nama, alamat dan alamat e-mel anda, serta sejarah transaksi anda. Pihak ketiga ini juga boleh mengumpul maklumat tentang aktiviti anda melayari Laman Web dengan menggunakan kuki dan teknologi serupa. Syarikat-syarikat ini mungkin menggunakan data sedemikian tentang anda untuk memberikan cadangan tentang produk dan perkhidmatan yang berkemungkinan menarik minat anda. Adalah dimaklumkan bahawa beberapa syarikat ini yang menyediakan perkhidmatan pemasaran penyasaran kepada New Balance terletak di luar Malaysia. Jika anda ingin menarik diri daripada program ini, anda boleh hubungi kami (lihat bahagian 14. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI? ).
- Recipients resulting from legal requirements: We may disclose your personal information:
- Penerima seperti yang diperlukan oleh undang-undang: Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda:
- kepada juruaudit, perunding, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional lain kami bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang;
- jika kami berada di bawah kewajipan untuk mendedahkan atau berkongsi data peribadi anda untuk mematuhi sebarang peruntukan undang-undang, atau untuk melindungi hak, harta atau keselamatan perniagaan kami, pelanggan kami atau orang lain. Ini termasuk, dalam kes tertentu, berkongsi maklumat dengan penguatkuasa undang-undang atau agensi kawal selia, atau pihak ketiga yang diberi kuasa, sebagai pemberian tindak balas atas permintaan yang disahkan berkaitan penyiasatan jenayah atau pelanggaran undang-undang yang sebenar atau disyaki atau penyalahgunaan Perkhidmatan kami yang mungkin mendedahkan kami dan/ atau mana-mana pelanggan atau pihak ketiga kepada risiko atau liabiliti undang-undang; dan
- kepada pengganti dalam hak milik atau pengganti bagi pengendali semua atau sebahagian daripada perniagaan kami.
7. BAGAIMANAKAH MAKLUMAT PERIBADI SAYA AKAN DILINDUNGI?
Kami telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda untuk mengelakkan kehilang secara tidak sengaja, kegunaan atau akses mengikut cara yang tidak dibenarkan, diubah atau didedahkan.
Contohnya, kami menggunakan teknologi penyulitan dan Lapisan Soket Selamat (SSL) bagi memastikan maklumat yang anda berikan dalam talian adalah selamat semasa penghantaran. Kawalan ini adalah diperakui oleh Entrust. Anda boleh menyemak sijil keselamatan kami menggunakan pelayar web anda dengan klik pada imej kunci tertutup atau kunci pepejal di bahagian bawah pelayar web anda pada mana-mana halaman selamat di tapak kami. Dengan ini, maklumat keselamatan Perkhidmatan akan dipapar.
Di samping itu, kami mengehadkan akses pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga lain kepada maklumat peribadi anda bagi tujuan "asas perlu tahu" sahaja seperti yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini. Mereka dikehendaki hanya memproses maklumat peribadi anda mengikut arahan kami dan tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan
8. PEMINDAHAN ANTARABANGSA MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda mungkin disimpan pada pelayan selamat yang terletak di Malaysia, Singapura, Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") dan Amerika Syarikat serta negara lain. Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda ke tempat di luar wilayah ini, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, bagi tujuan, atau tujuan yang berkaitan secara langsung, yang mana data peribadi itu dikumpulkan. Penggunaan Laman Web ini oleh anda menandakan persetujuan anda kepada pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia. Selain itu, bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, sila rujuk kepada bahagian 6. NEW BALANCE AKAN BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI SAYA DENGAN PIHAK MANA? mengenai pemindahan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda di luar wilayah ini kepada pihak ketiga yang dikenal pasti.
Sila hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan yang digunakan untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila ia diproses di luar wilayah ini (lihat bahagian 14. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI? ).
9. APAKAH DASAR PRIVASI NEW BALANCE TERHADAP KANAK-KANAK?
Kami tidak akan mengumpul maklumat peribadi secara sengaja daripada sesiapa di bawah umur 18 tahun ("Kanak-kanak"). Jika anda menyedari bahawa Anak anda atau Anak di bawah tanggungjawab anda telah memberikan maklumat peribadi kepada kami tanpa kebenaran anda, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan di 1800 819 475 atau emel kepada customercare@newbalance.com.my.
Jika kami menyedari bahawa Kanak-kanak telah menyerahkan maklumat peribadi kepada kami, kami akan memadamkan maklumat tersebut dengan segera dan kami tidak akan mendedahkannya kepada pihak ketiga.
10. BAGAIMANAKAH PAUTAN DARIPADA LAMAN WEB NEW BALANCE KE LAMAN SESAWANG ATAU APLIKASI YANG LAIN AKAN MEMPENGARUHI SAYA?
Kadangkala, kami mungkin menyediakan pautan dari Laman Web kami ke laman web dan aplikasi lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan bertujuan untuk menambah nilai kepada pelangganan anda. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai kawalan atas tapak web dan aplikasi ini, yang dikawal oleh pihak bebas yang tidak berkaitan New Balance dan adalah tertakluk kepada dasar privasi serta terma dan syarat yang berasingan. Oleh demikian, apabila anda meninggalkan Laman Web kami dan dipaut ke laman web atau aplikasi lain, anda perlu sedar bahawa Dasar Privasi ini tidak lagi terpakai dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat anda yang mungkin dikumpulkan oleh pihak ketiga melalui laman web dan aplikasi ini. Kami menggalakkan anda untuk semak dasar privasi serta terma dan syarat mana-mana tapak web dan aplikasi pihak ketiga sebelum menggunakannya.
11. TEMPOH NEW BALANCE MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA?
Kami menyimpan maklumat peribadi anda bagi tempoh yang tidak melebihi daripada yang diperlukan bagi tujuan(tujuan) menurut Dasar Privasi ini. Ini bermakna amalan penyimpanan akan berbeza mengikut kategori maklumat peribadi. Bagi menentukan tempoh pengekalan, kami mengambil kira faktor-faktor termasuk:
- kewajipan undang-undang menurut undang-undang tertentu demi simpan maklumat bagi tempoh masa tertentu;
- statut had di bawah undang-undang tertentu;
- tempoh jaminan bagi produk-produk yang anda beli daripada kami;
- potensi atau pertikaian sebenar; dan
- garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perlindungan data yang berkaitan.
Sebaliknya, kami akan memadamkan maklumat peribadi anda daripada sistem kami secara selamat apabila ia tidak diperlukan lagi.
12. BAGAIMANA SAYA BOLEH TARIK DIRI ATAU MEMILIH UNTUK TIDAK MELANGGANI EMEL PEMASARAN NEW BALANCE?
Jika anda ingin berhenti menerima e-mel yang dihantar oleh New Balance mengenai pemberitahuan tentang acara, promosi, jualan, produk baharu yang akan datang atau kandungan pemasaran lain, atas apa-apa sebab, anda cuma perlu klik pautan "unsubscribe" yang tersedia di bahagian bawah setiap e-mel atau pada halaman My Account anda di Laman Web. Anda akan diarahkan ke halaman "unsubscribe" di mana anda boleh menarik diri daripada penerimaan e-mel pemasaran kami.
13. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENDAPATKAN AKSES, KEMAS KINI ATAU PADAM MAKLUMAT SAYA DI "MY ACCOUNT"?
Akaun-akaun boleh dicipa semasa proses membuat pesanan. Anda boleh log masuk atau menguruskan akaun anda dengan mengklik pautan "My Account" di bahagian atas mana-mana halaman di Laman Web kami.
Selepas log masuk, anda dibolehkan untuk mengubah suai identiti dan maklumat perhubungan anda, mengemas kini alamat pengebilan dan penghantaran anda serta melihat pesanan yang lalu. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda, ia akan dikemas kini dengan segera di Laman Web kami.
Sila hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 1800 819 475 atau emel kepada customercare@newbalance.com.my bagi memadam "My Account". Anda bersetuju untuk menarik balik persetujuan anda kepada New Balance untuk memproses dan/atau mendedahkan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi apabila anda meminta untuk memadam akaun anda atau mengeluarkan akaun anda daripada rekod. Selepas permintaan anda untuk memadam atau mengeluarkan akaun anda daripada rekod, kami tidak akan lagi menyimpan maklumat peribadi anda melainkan penyimpanan tersebut adalah diperlukan oleh undang-undang, kawal selia dan/atau tujuan perakaunan mandatori, seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau yang diperlukan bagi memenuhi tujuan asal pengumpulan maklumat tersebut. Kami akan berhenti menyimpan maklumat peribadi anda, atau memadam segala maklumat itu yang mungkin berkaitan dengan anda, dalam tempoh yang munasabah atas anggapan bahawa pengekalan tersebut tidak lagi memenuhi tujuan maklumat asalnya dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang, kawal selia dan/atau tujuan perakaunan. Walaubagaimanapun, pemadaman atau pengeluaran akaun anda dari rekod tidak akan menjejaskan hak atau liabiliti statutori mana-mana pihak.
Demi tujuan keselamatan, maklumat kad kredit/debit tidak akan disimpan dengan akaun anda. Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan menyimpan nombor CVV/CVC kad anda.
Anda diingat bahawa anda bertanggungjawab untuk melindungi nama pengguna dan kata laluan bagi akaun anda dan, seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat, anda akan bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku melalui penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda. Jika anda mengetahui atau mengesyaki orang lain mengetahui kata laluan anda atau percaya bahawa ada kemungkinan pelanggaran keselamatan akaun anda telah berlaku atau penyalahgunaan maklumat peribadi anda, sila memaklumkan kami dengan segera secara bertulis dengan menghubungi talian hotline Khidmat Pelanggan kami di 1800 819 475 atau emel kepada customercare@newbalance.com.my. Anda mungkin akan perlu menukar kata laluan anda dan kami berhak untuk menggantung akaun pengguna anda sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan sedemikian.
14. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR PRIVASI INI?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Dasar Privasi ini atau ingin menggunakan mana-mana hak privasi anda yang dinyatakan di atas, sila hubungi New Balance melalui customercare@newbalance.com.my.
Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi kepunyaan anda (atau jika bukan milik anda, anda telah diberi kebenaran oleh subjek data yang berkenaan). Anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk mengakses maklumat peribadi anda (atau untuk melaksanakan mana-mana hak anda yang lain). Walau bagaimanapun, kami berhak mengenakan bayaran yang berpatutan jika permintaan anda tidak berasas, berulang atau berlebihan; atau permintaan anda mungkin akan ditolak.
Kami berhasrat untuk membalas semua permintaan yang sah dalam tempoh masa satu (1) bulan. Walau bagaimanapun, kami mungkin mengambil masa lebih lama daripada sebulan jika permintaan anda amat rumit atau anda telah membuat beberapa permintaan. Dalam kes ini, anda akan diberitahu dan kami akan memastikan anda akan dimaklum.
15. PINDAAN KEPADA DASAR PRIVASI INI DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERITAHUAN TENTANG SEBARANG PINDAAN
Dasar Polisi ini dikemaskini pada 15 March 2022.
Kami mengesyorkan agar anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala, kerana kami akan mengemas kininya dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan kepada Dasar Privasi ini akan disiarkan di Laman Web dan, mengikut kesesuiannya, anda akan dimaklumkan tentang perkara ini melalui pemberitahuan e-mel. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi kami pada masa itu, atau terma dan syarat pada Laman Web dan perkhidmatan kami, anda patut berhenti menggunakan Laman Web dan perkhidmatan kami. Sebarang penggunaan berterusan Laman Web kami dan perkhidmatan kami merupakan perjanjian kepada Polisi Privasi dan terma dan syarat kami.
Ia adalah penting bahawa maklumat peribadi berkaitan dengan anda yang dipegang oleh kami adalah tepat dan terkini. Sila memaklumkan kami jika maklumat peribadi anda berubah semasa anda menggunakan Perkhidmatan.
II. DASAR KUKI
Dasar kuki ini ("Dasar Kuki") terpakai kepada maklumat yang dikumpul melalui penggunaan kuki dan teknologi lain yang serupa (secara kolektif dirujuk dalam Dasar Kuki ini sebagai "kuki") oleh New Balance Athletic Shoes Sdn. Bhd. (sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia dengan nombor syarikat 198501014523 (146878-M) yang mempunyai alamat berdaftar di Suite 25.01, Level 25, Centrepoint South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia dan syarikat pemegangannya, subsidiarinya dan mana-mana syarikat gabungannya, (dirujuk dalam Dasar Kuki ini sebagai "New Balance" atau "kami") apabila anda mengakses dan menggunakan:
- www.newbalance.com.my , dan laman web lain yang dikendali oleh atau bagi pihak New Balance Athletic Shoes Sdn. Bhd., syarikat pemegangannya, subsidiarinya dan mana-mana syarikat gabungannya ("Laman Web").
Dasar Kuki ini menerangkan tentang kuki, kuki yang kami gunakan dan tujuannya, dan perkara yang boleh dilakukan bagi pengurusan pilihan kuki anda. Apabila sebarang maklumat yang kami kumpul melalui kuki layak dikenali sebagai maklumat peribadi, DASAR PRIVASI kami terpakai terhadap pengumpulan dan penggunaan maklumat tersebut. Sila baca Dasar Kuki ini dan DASAR PRIVASI kami dengan teliti. Dasar Kuki ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Kami akan menerbitkan terma yang dikemas kini di Laman Web. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Kuki kami pada bila-bila masa, anda patut berhenti menggunakan Laman Web dan perkhidmatan kami. Sebarang penggunaan berterusan Laman Web kami dan perkhidmatan kami merupakan perjanjian kepada Polisi Kuki dan terma dan syarat kami.
Dasar Kuki ini disediakan dalam format berlapis seperti di bawah supaya anda boleh pilih untuk diarahkan kepada bahagian-bahagian tertentu:
- 1 APAKAH ITU KUKI?
- 2. KENAPA NEW BALANCE MENGGUNAKAN KUKI?
- 3. BAGAIMANAKAH NEW BALANCE MENGGUNAKAN KUKI?
- 4. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUSKAN PILIHAN KUKI?
- 5. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR KUKI INI?
1. APAKAH ITU KUKI?
Kuki ialah fail data kecil yang dipindahkan dan disimpan oleh pelayar web anda ke komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melawati atau menggunakan laman web. Kuki mengandungi maklumat yang unik bagi pelayar web anda, yang boleh digunakan untuk membezakan anda daripada pengguna laman web lain dan membenarkan laman web mengingati pilihan dan keutamaan anda semasa pelangganan anda.
Kuki boleh dianggap sebagai kuki 'pihak pertama' atau 'pihak ketiga' bergantung pada domain yang meletakkannya. Kuki pihak pertama ialah kuki yang diwujudkan oleh laman web yang dilawati oleh pengguna (dalam hal ini, ia adalah kuki yang diletakkan oleh New Balance pada Laman Web kami.) Kuki pihak ketiga adalah kuki yang diwujudkan oleh domain selain daripada laman web yang dilawati oleh pengguna, jadi dalam keadaan bahawa pengguna melawati laman web dan organisasi pihak ketiga yang mewujudkan kuki melalui laman web itu, ini akan menjadi kuki pihak ketiga.
Laman Web New Balance mempunyai kedua-dua kuki pihak pertama dan kuki pihalk ketiga. Kuki juga boleh dianggap sebagai kuki 'kekal' atau 'sesi' bergantung pada tempohnya. Kuki kekal akan disimpan pada peranti pengguna untuk tempoh masa yang dinyatakan dalam kuki tersebut, dan diaktifkan setiap kali pengguna itu melayari laman web yang mencipta kuki tersebut, sehingga kuki tamat tempoh atau dipadam oleh pengguna. Kuki sesi membenarkan interaksi pengguna dipautkan semasa sesi pelayar web tunggal. Sesi bermula apabila pengguna membuka tetingkap pelayar web dan berakhir apabila tetingkap penyemak imbas ditutup, diikuti oleh semua kuki sesi tersebut dipadamkan.
Tag piksel dan penanda web adalah imej grafik kecil yang membolehkan kami atau pembekal perkhidmatan pilihan kami untuk menjejak maklumat analitik tentang pelangganan anda di Laman Web kami (seperti halaman yang dilihat atau pautan yang diklik) dan memantau apabila e-mel HTML dibuka.
2. KENAPA NEW BALANCE MENGGUNAKAN KUKI?
Kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti pelayar web anda dan cara anda menggunakan perkhidmatan kami serta maklumat berkaitan dengan peranti yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web kami (termasuk dalam keadaan tertentu, alamat IP, jenis pelayar web dan pengecam peranti mudah alih) supaya kami boleh:
- menyediakan ciri dan fungsi penting di Laman Web kami, seperti membolehkan anda memilih produk, meletakkannya dalam bakul beli-belah anda dan membuat pembelian;
- supaya fungsi-fungsi Laman Web kami dipermudahkan dan intuitif sebagaimananya mungkin untuk penggunaan anda;
- memantau dan menganalisis penggunaan dan prestasi Laman Web supaya kami boleh mengukur keberkesanan Laman Web kami, menambah baik cara ia beroperasi (termasuk keselamatan) dan pemilihan produk dan perkhidmatan yang tersedia melaluinya;
- anda dapat dikenal pasti apabila anda kembali ke Laman Web kami demi meningkatkan fungsi untuk manfaat anda, terutamanya jika anda telah memilih untuk menggunakan servis "My Account"
- bagi tujuan pemasaran New Balance, terutamanya iklan sepanduk web dan kemas kini bahan-bahan yang disasarkan
- memaklumkan anda tentang bidang baharu yang mungkin menarik minat anda; dan
- ingat maklumat tertentu tentang aktiviti pelayar web anda di Laman Web kami, seperti halaman web atau produk yang telah anda lihat dan pilihan anda. Maklumat ini kemudiannya boleh digunakan untuk memperibadikan dan menambah baik cara anda berinteraksi dengan Laman Web kami (contohnya, dari segi memaparkan kandungan yang mungkin berkaitan dengan anda berdasarkan aktiviti anda sebelum ini) dan untuk memaklumkan anda tentang tawaran dan promosi istimewa yang bersesuaian dengan minat anda (di mana anda telah bersetuju untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami).
Kami juga membenarkan beberapa kuki pihak ketiga di tapak web kami untuk membantu dan membolehkan program pemasaran kami dan memenuhi kewajipan kontrak kami untuk merekodkan transaksi perniagaan yang didorong oleh petunjuk (iklan/pautan) daripada laman web pihak ketiga.
3. BAGAIMANAKAH NEW BALANCE MENGGUNAKAN KUKI?
Kuki yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza. Laman Web kami menggunakan kuki berikut:
Kuki yang amat diperlukan
Kuki ini adalah penting untuk fungsi Laman Web kami. Sebagai contoh, mereka membolehkan anda log masuk ke kawasan selamat di laman web kami (seperti "My Account", jika anda memilih untuk mencipta sebuah akaun) atau menambah produk kepada bakul beli-belah anda supaya anda boleh melihat dan membayarnya apabila anda telah selesai melayari. Beberapa kuki yang kami gunakan membantu melindungi sesi pelayar web anda dan mengesahkan bahawa sesi itu sah. Anda tidak boleh menarik diri daripada kuki ini kerana Laman Web tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.
Kuki analisis/prestasi
Kami menggunakan beberapa kuki pihak pertama dan ini membolehkan kami mengukur dan menganalisis cara anda menggunakan Laman Web kami supaya kami boleh mengukur keberkesanan Laman Web kami dan memperbaiki cara Laman Web kami berfungsi. Kami juga berkerjasama dengan penyedia analitis pihak ketiga untuk membantu kami dengan proses ini. Pembekal analitik utama kami ialah Google, Inc. melalui platform Google Analytics mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Google Analytics, anda boleh melayari melalui pautan ini https://support.google.com/analytics/answer/6004245?hl=en-GB.
Anda boleh menarik diri daripada analisis Google. Untuk mengetahui caranya sila layari: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout.
Kuki kefungsian
Kuki ini membenarkan Laman Web mengingatkan pilihan anda semasa anda melayari Laman Web dan anda dapat dikenal pasti apabila anda kembali ke Laman Web sebagai fungsi yang memanfaatkan anda. Contohnya, kuki kefungsian membenarkan tapak web kami mengingati tetapan khusus anda, seperti butiran log masuk anda untuk "My Account" jika anda memilih untuk mencipta akaun dengan kami, supaya anda tidak perlu log masuk semula pada peranti yang sama setiap kali anda melayari (dengan syarat kuki yang berkaitan tidak dipadamkan buat sementara waktu).
Kuki penyasaran/pengiklanan
Kuki ini menjejaki penggunaan Laman Web kami, termasuk akitiviti anda pada halaman web atau produk yang telah anda lihat atau masukkan ke dalam bakul beli-belah anda. Maklumat ini membolehkan kami membina profil pilihan anda supaya kami boleh memaparkan kandungan di Laman Web kami dan laman web dan aplikasi lain yang berkaitan dengan anda dan berdasarkan minat anda. Ini mungkin termasuk menyampaikan pengiklanan yang disasarkan di Laman Web kami atau laman web dan aplikasi lain yang anda layari, atau menghalang anda daripada disasarkan oleh iklan atau mengehadkan bilangan kali anda melihat iklan tertentu.
Di samping itu, jika anda telah bersetuju untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami melalui e-mel, mel terus, teks singkat SMS atau telefon, kami akan menggunakan maklumat yang dikumpul oleh kuki ini untuk menawarkan kepada anda tawaran istimewa dan promosi yang bersesuaian dengan pilihan anda berdasarkan aktiviti anda sebelum ini di Laman Web kami. Kuki ini juga akan membolehkan kami mengukur dan menganalisis keberkesanan kempen pemasaran.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak ada kawalan terhadap pihak ketiga (termasuk contohnya, rangkaian pengiklanan dan penyedia perkhidmatan luaran seperti perkhidmatan analisis trafik web) yang juga boleh menggunakan kuki. Kuki ini mungkin dikenali sebagai kuki analisis/prestasi atau kuki sasaran.
Kuki penjejakan
Kami bekerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan penjejakan. Kuki yang digunakan oleh penyedia perkhidmatan ini membolehkan mereka merekodkan transaksi perniagaan yang dijana oleh petunjuk dan iklan pihak ketiga dan membolehkan kami membayar komisen kepada pemula petunjuk tersebut. Tujuan kuki penjejakan adalah untuk memperuntukkan sesuatu iklan yang berjaya kepada transaksi tertentu dan untuk melaksanakan perkhidmatan pengebilan yang sepadan. Maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi tidak akan dikumpul atau diproses atau digunakan dalam penjejakan ini.
4. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUSKAN PILIHAN KUKI?
Untuk membolehkan Laman Web kami berfungsi, kami tidak semestinya memerlukan kuki analisis/prestasi, kuki kefungsian dan kuki penyasaran/pengiklanan tetapi kuki tersebut diperlukan untuk meningkatkan prestasi keseluruhan Laman Web kami dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Anda boleh memadam atau memberhentikan kuki ini dengan menukar tetapan pada pelayar web anda untuk membolehkan anda memadam atau memberhentikan beberapa atau semua kuki. Kebanyakan pelayar web ditetapkan untuk menerima kuki. Setiap pelayar web adalah berbeza. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyemak menu Bantuan pelayar web anda untuk mengetahui cara yang betul bagi mengubah suai tetapan kuki anda.
Sila ambil perhatian bahawa jika anda memadam atau memberhentikan kuki, kami tidak dapat memastikan bahawa semua halaman di Laman Web kami akan dipaparkan dan/atau semua ciri dan fungsi Laman Web kami dapat digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat pesanan melalui telefon dengan menghubungi talian hotline Khidmat Pelanggan 1800 819 475
Sila ambil perhatian bahawa jika anda menggunakan komputer atau peranti mudah alih yang berbeza untuk mengakses dan menggunakan Laman Web kami, anda perlu memastikan bahawa setiap pelayar web web pada setiap peranti dilaraskan untuk menyesuaikan dengan pilihan kuki anda.
5. BAGAIMANA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI NEW BALANCE SEKIRANYA SAYA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN TERHADAP DASAR KUKI INI?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai Dasar Kuki ini, sila hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan di 1800 819 475 atau emel kepada atau emel kepada customercare@newbalance.com.my.